budak baik...jangan gaduh!!

wish tahun baru

By skema jagung on Thursday, December 22, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:

gua harap masalah menjawab peperiksaan terhapus dari diari hidup gua.

dan gua harap

kertas carry mark gua tu hanyalah prank new year.






serupa gampang betul markah.Azri Azri lagi tinggi kut!

By skema jagung on Saturday, October 15, 2011

orang nak kena siku (1)

Filed Under:

anak sape punya blog la ni.

kenangan zaman sekolah

By skema jagung on Wednesday, August 03, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:

nak tau gua makan banyak mane masa skolah dulu?tengok la menu kat bawah ni.







budaya conteng tilam antara budaya paling samseng kat sekolah dulu.


***budak2 sekolah gua panggil gua 'kemamang'.mungkin sbb gua boleh tahan hensem kut?

amende ni?

By skema jagung on Monday, July 25, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:

ni blog sape la buruk sangat ni??














bile gua dapat makwe baru,gua update lagi.


TUNGGU!

ciri-ciri pemimpin disukai

By skema jagung on Monday, July 11, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:

1-cakap mesti manisssss.

2-sembang mesti meletop!

3-janji mesti melambung

4-bOnus kalau jenis pandai berlakon.berlakon susah ke,berlakon alim ke,berlakon tak bersalah.

5-buat-buat pemalu pastu cakap 'eh,ana tak layak..tp nk buat mcm mane enta mintak...'

6-bila dah dapat ape nak,lupakan daratan,dan berlayar.semua orang sukakan laut.















***

kemudian gua hentam blakang-blakang kat blog.padan muke.

kalau orang kate tulis kat blog cakap blakang,maknanya orang tu buta IT.1 dunia tahu brooo~

persoalan malam ni

By skema jagung on Saturday, July 09, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:

betul ke kiamulail kena baca niat?

pehh..sialan gua tak pernah tahu.



saat mcm ni la gua teringat kat muka ustaz muhathir.

lagipun muka je yang gua ingat.

suara die halus-halus je datang.

mungkin gua dah mengantuk sangat ni..

same mcm time kat kelas die dlu.







cilakak fesbuk tinggalkan persoalan lagi!!
ni rasa nak deactivate skali lagi ni.

***nasib baik bilangan makwe yang add fesbuk gua semakin meningkat.
dan gua harap akan terus meningkat.
baru gua boleh tido malam dan bagun kiam.niat nanti gua tanye makwe.

hancur ≠ rosak

By skema jagung on Saturday, June 25, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:



gua takde kerja nak buat.

kenduri kawin pun tak pegi.

study pun takde harapan sangat di hari sabtu.

gua pun main pen dengan kertas.

benda yang simple.

tapi boleh buat macam macam.






next project kena jalan baik-baik.

jangan buat sambil lewa.



















*****

baru gua perasan dah lame tak main blog.hebat juge penangan pen dan kertas ni.

awek baru

By skema jagung on Tuesday, June 07, 2011

orang nak kena siku (3)

Filed Under:





ade member gua perkenalkan awek baru die kat fesbuk.

takpelah..orang jiwa tengah panas-panas lagi..

dan disebabkan gua pun jiwa tengah panas

gua pun nak perkenalkan awek baru

dunia sampai akhirat ade dihati







asalnya jauh nun dari Amerika

tapi hitam bukan putih

hitam pun manis juga

sekali pandang pehh..

'penuh isi' bai...

mantap luar dalam







masa kali pertama jumpa ade kawan gua bawak

gua naik berkenan

rasa nak memiliki tu tinggi

gua usaha keras

ikat perut

ikat nafsu

ikat segala-gala

hanya untuk memiliki









sejak dari berkawan

sampai hari ni

tak pernah lagi buat gua kecewa

gua puas hati

padan sangat dengan gua ni

sehati sejiwa mat saleh kate









gua perkenalkan...


















***dan gua dapat bonus.die ade kembar.juga milik gua.











gua bukan materialistik sangat.gua tamak ilmu je.

i want to

By skema jagung on Sunday, May 29, 2011

orang nak kena siku (5)

Filed Under:



kick your ass.

right on your ass

and shout loud

'HELL YEAHH!!!'

go die with ur bad ass bitches!


rancangan terdekat

By skema jagung on Tuesday, May 24, 2011

orang nak kena siku (2)

Filed Under:



setelah gua kira-kira,

gua masih ade lagi bebaki 6 sem untuk melanjutkan pelajaran.

6 sem bermakna 3 tahun.

jadi,

kalau 1 sem gua save RM1k,

time gua grad gua ade RM6k.

pastu kerja 1 tahun.

katekanlah gaji gua dapat save RM500 1 bulan,

1 tahun gua ade RM6k lg..

tambah ngan RM6k mse blajar..ade RM12k..


pehh..kaya...

nak beli LML star deluxe sebijik..tehehehhehe ~~



madu kepada si Lyla Majnum kat rumah..hahahha

si Siti gua tengah rancang nak cerai

yg sebijik lg pun nak cerai gak

gua hanya nak bertemankan Lyla sama makwe baru MLM.











*********

cilakak.bile gua nak kawin gini??

cilaka lagi!gua xde gambar Lyla???

payah nak cakap.

By skema jagung on Saturday, May 21, 2011

orang nak kena siku (4)

Filed Under:

baru-baru ni gua ade krisis dengan ramai orang.ramai tu bermaksud lebih ramai dari budak kelas gua time shortsem.kalau kira-kira pakai jari,boleh kata tak cukup jari tangan.kalau pakai kaki,boleh konsider cukup-cukup makan je.

krisis gua ni melibatkan ramai orang.termasuklah dengan perdana menteri malaysia yang menaikkan harga RON97 dan gula.kejadah die naik harga gula.gua minum kat casper dah rase tawar-tawar skit.bile gua tarik muka dengan tokey,bermula la krisis dengan kedai makan.lu bayangkan minum teh 'o' macam minum air suam.kejadah.bodoh macam guni gula.gua tak kisah Honda Siti tak leh isi minyak RON97.gua kesah bila gua xleh kena teh 'o' normal.manis,nipis-nipis dan rasa teh.gua dah takleh buat pape.payah nak cakap.

dengan budak-budak tempat gua belajar ni pun ade la sikit-sikit mukaddimah krisis.masalah belia umur nak masuk 21.bukan gua 21.gua baru 18.bila bab 21,masalah remaja ni selalunya merangkumi segi sosial,budaya,adat resam dan personaliti diri.tak terkecuali masalah makwe.hal persoanliti diri ni payah gak nak cakap,tapi pandai-pandai la bawak diri.semua dah besar kan.bab makwe ,gua memang tak reti nak cakap.gua ni bukan jenis power sangat main makwe.surface-surface boleh la.kalau dah deep sangat memang gua noob.

point paling besar ialah,gua memang rase nak cakap.tapi gua takleh cakap.tu la satu-satunya masalah yang paling besar.ni raja kepada segala masalah-masalah di mukabumi.sori der.gua memang nak bagitau,tapi gua takleh.





***********


tiba-tiba dapat mesej.

'result sem lepas camne??'

gua bukan taknak cakap!tapi payah la nak cakap!!

aktiviti cuti

By skema jagung on Sunday, May 08, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:

1)tido

2)makan

3)buat-buat buat kerja

4)makan

5)gaduh ngan makwe




6)tido balik



*********

sebagai belia yang produktif,gua kecewa dengan tentatif program harian gua sendiri.sebagai contoh,kalau gua gantikan masa makan dengan aktiviti yang lebih akademik contohnya baca 'paper' sambil makan kan cantik.sebagai siswazah,waktu makan sepatutnya diletakkan bersama waktu-waktu lain.contoh senang gua bg ialah budak audio sendiri, Iqbal Hanafi.ni produk payah dapat sebab beliau makan sambil main game PES 2011.kalau tak PES,die gayut ngan makwe die, Amira.

masa buat-buat buat kerja pula,kalau gua betul-betul buat kerja kan bagus.sekurang-kurangnye gua lebih produktif.produktif dari segi sosial mahupun kewangan.dan belia yang produktif adalah belia yang Mahathir beriya nak bentuk dulu.last-last dapat belia mcm ni.padan muke gua dan mahathir skali.kalau Multimedia super coridor (MMC) dah berjalan dengan maju sebelum 2020 dah konpem gua jadi jutawan internet skarang.

masa bergaduh dengan makwe,ataupun sekarang lebih dikenali sbgai ex-makwe,kalau gua gantikan dengan perkara yang membangunkan minda kan elok.misalnya hafal nota anatomy yang serupa gampang payah.dah la susah,menyusahkan pulak tu.tak pasal-pasal gua kena ade shortsem.bodoh macam internet punya subjek.tu belum cerita bab critical thinking lagi.subjek ni klau orang tak tido time kelas,die bukan orang.jadahnye bercakap sampai 2 jam stengah dalam bilik aircond.kalau gua start motor dan tinggal,lepas 2 jam tu abis kering dah minyak motor dalam tangki.die punya lama ingat gua ni ikan kembung nak duduk dalam bilik sejuk lama-lama?kat rumah pun mak gua tak ajar duduk dalam aircond.ni universiti baru duduk 2 sem dah berlagak nak ajar gua main aircond.ni la punya budak-budak GiatMara Kijal berebut nak ambik jurusan repair aircond.terpengaruh ngan budaya sejuk.

aktiviti tido balik gua ni sebenarnya berlaku dengan agak perlahan.dan tanpa faedah.biasanya gua cek update harian sebelum tido.cek harga minyak RON97 naik 20sen, putera willian botak tengah kawin kat youtube, forum vespa nak repair Lyla, forum ex5 nak taruk engin turbo, forum percintaan nak pujuk makwe style yang up-to-date,blog otai-otai cari knowledge baru..part ni paling lama.boleh bawak ke pukul 1-2 pagi.macam skarang,pukul 12.24pm..sejak dari pukul 10 gua layan internet.bunyi pintu bpak gua baru balik keje gua buat tak heran je..


**********

'dah le menaip..tido la pulak....' sound dari papa tercinta dengan muka tarik sket.gua gentar.terus stop menaip sebelum die tarik kabel modem.kehkehkeh..

mari berehat

By skema jagung on Saturday, April 30, 2011

orang nak kena siku (4)

Filed Under:

ade orang kate, tulisan dari blog lelaki yang tak ade feeling-feeling ngan makwe lebih ganas,rebel,raw punk,bebas dan kejam.

pendek kate,memang tulisan paling jahat.paling kejam.paling telus dan paling lurus.makwe semua benci bila baca.die punya tulisan jahat sampai mak bapak taknak ngaku anak,guru besar nak buang dari sekolah,ketua kg tak ngaku anak buah, ahli politik takut kena pangkah, polis cari malam-malam...

pehh..hebat tu..penangan takde makwe terhadap penulisan blog.








****





shit gua dah ade makwe.mcm mane makwe gua suka kat gua?die x baca blog gua ke?
abis la air muka gua jatuh depan kutu scene local pasni.





***





gua ingat nak berehat daripada scene ni...ambik-ambik angin dulu..



eh?


gila ke ape rehat dari menjadi rokes?gua nak rehat dari jadi pakwe orang!

kasih sayang dan duit poket

By skema jagung on Friday, April 29, 2011

orang nak kena siku (2)

Filed Under:


gua kadang-kadang sensitif dengan benda kasih sayang ni..tapi disebabkan gua jenis sukakan duit poket,gua tak segan dah nak share menda ni..tak perlu tunggu traffic naik ke ape..yang perlu ialah kesabaran..hmmm



1st)tekan ni dan masuk laman web ni..







2nd)klick icon heartbeat mcm dlm bujuran



3rd)tekan'create account'..simple je..isi semua tempat kosong




4th)yang ni tak perlu ckp.baca sendiri.








5th)then tekan butang
Join HB!Affiliate mcm dlm kotak merah tu..






6th)pastu tekan 'online application' link.jangan buat tak tahu bila kena isi
maklumat peribadi.



(maklumat peribadi)



7th)pilih cara pembayaran duit saku korang dan bersetuju dengan syarat tersebut =)





tekan get a code tu...




pastu copy di tempat sepatutnya..hmm...





bila nak cek berapa dah duit poket, boleh Klik My HB!Affiliate pastu tengok kat report..

dapat rm0.40 per click





yang ni koleksi duit poket member gua lepas 4 hari buat...cepat gile...menda ni pun memang mendapat sambutan hangat...apekate klau korang try plak?

*ecececeee..berlagak suci...











lu tau ape itu maksud kasih sayang???

By skema jagung on Monday, April 25, 2011

orang nak kena siku (4)

Filed Under:





sementara msih sempat...;)

lu tau? (sambungan)

By skema jagung on Wednesday, April 20, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:

walaupun gua malas,

walaupun gua tido petang,

walaupun gua kelihatan kusut,

walaupun gua tak kerja time cuti,

walaupun gua sering dipandang serong,

walaupun gua sering dituduh macam-macam,

walaupun gua kena ambik adik gua kat tuisyen sekarang ni,,

gua masih cekal menaip..



kehkeh..


belia yang baik ialah belia yang produktif.produktif dari segi sosial mahupun ekonomi.ayuh!ambil adik yang produktif dari segi sosial kat sekolah!

lu tau?

By skema jagung on Saturday, April 16, 2011

orang nak kena siku (6)

Filed Under:




15 April 2011-->tarikh berbahagia
<3

16 April 2011-->tarikh merdeka

17 April 2011-->tarikh jadi pak turut

10 Mei 2011-->tarikh jadi bangsat balik








**sifat seorang rokes dan sifat cool gua semakin pudar.dan gua salahkan SITI!

petua hidup

By skema jagung on Tuesday, April 12, 2011

orang nak kena siku (1)

Filed Under:


and study though you will fail all paper.




tapi yang pasti gua tak buat part dancing ngan loving tu..

macam geli je....


ni copy gambar dari ah teng toing...

sape suruh copy gambar gua dulu?kan?

isyarat tangan

By skema jagung on Tuesday, April 12, 2011

orang nak kena siku (5)

Filed Under:



digunakan apabila:

-awek tinggal

-exam jahanam

-poket pokai

-kredit takde

-malas baca buku

-nak balik,tapi tak dapat.

-kentut tak lawas

-katil bau haprak

-jeans tak kering lepas jemur 3 hari

-port lepak penuh orang yg tak digemari

-kerja tak siap dan nak kena hantar esok












say it loud and proud


fuck-off!!!








lepas tu bawak la selawat-selawat...

fuck-fuck pandai selawat takkan tak reti kut???


top 10 reason students fail

By skema jagung on Saturday, April 09, 2011

orang nak kena siku (1)

Filed Under:

1-socializing too much

2-missing classes

3-poor note-taking skill

4-failing to get help EARLY

5-showing up for class unprepared

6-not previewing chapters before reading

7-not taking advantages of study hour

8-CRAMMING FOR TEST RATHER THAN CONSISTENT REVIEW

9-failing to review lecture notes

10-not realizing importance of active listening in class









*******

"leklu,ade 'gap' lg ni" ,kata roomate gua sambil hembuskan partikel beracun kuar dari oral dan nasal cavity..


gua ni bukan malas study awal,tapi nanti gua lupe gak!!

By skema jagung on Monday, April 04, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa

Seluas laut yang terbentang
Buihnya terapung di awangan
Derita dunia yang mencengkam
Cuba untuk aku bertahan
Semua jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa

Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya…

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya

Modenisasi hanya…
Untuk haiwan di rimba
Globalisasi cuma
Jadi tuan si hamba
Ooo monarki untuk apa
Badut-badut istana
Lalalala oh

Oh oh oh oh lalalala
Mawar khayalan





*oh 'mawar'...........
good luck..............

lewat malam

By skema jagung on Saturday, March 26, 2011

orang nak kena siku (1)

Filed Under:

26 mac 2011,

12.00 am-baru risau esok exam

2.00 am-baru tahu buku teks 'study circle' itu wujud dan mampu dimiliki.

2.30 am
-masih mencari tuan kepada buku teks yang rare dan berharga

3.00 am
-tak berjaya mencari buku

3.10 am
-rupanya roomate ade banyak nota.baru tahu. 'ooo...' dalam hati..

3.12 am-bukak wikipedia.tulisan hitam dan putih atas kertas tak nampak mcam tulisan sangat.lagipun penguasaan tulisan jawi-malaya masih lemah

3.15 am- koma.tak sedarkan diri sampai subuh.

6.45 am- baru sedar dari koma.menghayati kedinginan air waktu pagi dan 'eksersais' sikit dengan fardhu subuh.

7.00am- koma balik.

8.30 am- bersiap untuk exam.eh? dah baca nota belum?

9.00 am- exam bermula.

9.02 am
- mencarut dalam hati.

9.32 am- mencarut secara zahir dengan stress syllable dan variation of intonation













***********

berikut adalah jadual pelajar yang berjaya mendapat pointer 3.98 CGPA semester ini.sangat teratur.sistematik.mudah.berkesan.dan mampu dihayati.


kan?kan?





lorong belakang bilik III

By skema jagung on Friday, March 18, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:

petang yang redup-redup gua kuar ikut pintu belakang menuju ke lorong blakang bilik.sebenarnya tempat tu lebih kepada pintu depan bagi gua.sebab,tiap-tiap kali gua nak pergi ke kelas,gua lalu situ.gua pakai kasut kat situ.dan gua keluar guna pintu tu.

sama jugak kalau gua nak pergi ke bilik sebelah.nak bermain futsal dan bermain gitar 'karen' milik Awatif Fawwas Roselan pun mcm tu juga.nak menjemput cik Siti menaiki Honda Siti pun,gua cari helmet kat pintu tu.pendek kata,memang tempat tu 'port' abis.boleh disamakan dengan melaka suatu masa dulu.entah-entah, pintu ni lagi banyak fungsi dari Melaka pada gua.

pernah dulu dalam dua tiga minggu lepas,ade kutu pegi kusutkan laluan sutera gua ke pintu belakang.gua tak banyak cakap.buat ape banyak cakap ??sedangkan aktiviti membersihkan muka pintu tak perlukan aktiviti bercakap.balik je kelas ,gua 'sising' seluar jeans gua terus gua sambar mop sama pencuci motor buat mop lantai.peduli ape pencuci tu pencuci motor ke tak.sebab sifat lantai ngan 'spokring' gua sama je.dua-dua berkilat.dua-dua banyak fungsi kepada gua.dan antara dua-dua tu mstilah gua sayang 'spotring' sebab kena beli dan gua sendiri pasang dekat Honda Siti.


gua usha kat luar pintu.henfon 'sekehen' di tangan gua genggam.

henset gua flip.flip tu maksudnya gua kena bukak penutup atas untuk tekan butang di bawah.konsep flip ni adalah sama dengan konsep laptop.kalau konsep laptop payah nak difahami oleh belia modenisasi sekarang ,gua salahkan kerajaan negeri masing-masing sebab budak darjah 5 kat tempat gua dapat notebook sebijik sorang.


ah kejap notebook.kejap laptop,kejap flip.kalau orang bodoh mesti tak faham.padahal konsep sama je.ha-ha-ha...gelakkan orang tak faham..ha-ha-ha..


henset gua ,gua bukak.takkan gua nak mintak tolong orang lain bukak?benda simple mcm bukak henset dan bukak kasut perlukan seorang tenaga manusia je.kemudia gua taip 'Siti' dan call.....sambil-sambil call gua cari port duduk..mengadap ke lorong...



'assalamualaikum...eh?makcik?siti ade???'


'err..en.woodsen?haa...siti dah mati.smalam.tak tau ke?hish..lembab betul!'








*******************






kad kawin ramai je nak tag gua.


ape????mati takde kad????buat la satu bodohhhh!!!









































tammat

lorong belakang bilik II

By skema jagung on Thursday, March 17, 2011

orang nak kena siku (1)

Filed Under:

'awok!!umie suruh masuk jumpe opah!' ,jerit siti dari depan muka pintu pagar.lantang dan tegas.


sejak gua tinggal siti kat lorong berhampiran kediaman die,ni kali pertama gua dengar suara langsi macam ni dari mulut seorang makwe.macam ajak gaduh,tapi penuh dengan ciri-ciri wanita.


gua pandang serong dengan muka kerkedut remaja awal 20-an...


pehhh..siti-siti..sejak dua menjak ni ramai pulak nak introdius kat gua...semalam umie, petang yang sama kat daddy...arini opah..esok lusa????cikgu skolah rendah dulu?pengerusi JKKK??

kusut...kusut...

dengan muka kusut gua jalan seret kaki masuk dalam rumah.nasib baik gua seret kaki.kalau gua seret muka,tak ke kusut wajah hensem gua?

masuk je dalam rumah,opah si siti tengah steady layan drama melayu kat tv..gaya steady.


'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,margfiratan warahmah ya opah!' ,dengan lancar gua sebut.takde sangkut-sangkut.takde gagap-gagap.semua flow je.

opah pandang gua dengan hairan.muka berkerut-kerut tapi penuh steady.memang gaya paling opah dalam segala opah.


************





'ni ke encik van der wooden?apesal nama omputih,tapi muka melayu?tak putih pun?'



gua jeling syiling.putih bersih.


************




'lancau lu syiling, apesal lu amik warna gua???!!nak kena hempukkkk????!!!'


























will be ended.soon.

lorong belakang bilik

By skema jagung on Saturday, March 12, 2011

orang nak kena siku (4)

Filed Under:

petang tu gua hantar budak ni balik..

mcm biasa lepas pekena wayang cerita melayu tak seram..ntah mcm mane haritu berlaku sesuatu yang menyebabkan cerita hantu jadi tak seram...

'hantu ni muka lagi bodoh dari selipar gua'-desus gua dalam hati...


selesai sesi cubit mencubit dari cik siti burung murai jadian ,gua memulakan langkah hantar anak orang balik rumah..

'bismillahirrahmanirrahim....vrommmm.....' Honda Siti gua hidupkan.

honda Siti ni bukan calang-calang Siti.nama Siti ni gua sendiri bagi selepas insiden ekzos Siti remuk kena gasak dengan 4WD.masa tu gua sedih teramat sangat sebab baju gua koyak mase jatuh.so,gua namakan si Siti tu Siti..

siti yang gua nak hantar balik ni pun bukan calang-calang siti.siti ni kalau tak dengar die membebel boleh naik demam gua.tapi bila dapat pekena bebel pehhh......nak sedap tambah lagi sedas dua cubit kat kaki.carik rabak bulu kaki gua...silap-silap gua boleh jual cik siti ni gantikan produk mencarik bulu kaki.tapi tak best la nak komersialkan anak orang.

MAK...hmmm..


rintangan demi rintangan gua lalui.segala traffic light gua tempuh dengan sabar.takde satu pun gua langgar lampu merah.semua 'bumper' gua redah dengan perlahan.takut tercampak anak orang.sampai dekat lorong,gua pun tinggal die..puncanya gua nak die belajar menggunakan kaki untuk berjalan.

sampai di lorong belakang bilik gua, mesej sampai..













'awk,umie nak jumpe.'



































mampos gua...
gua ade darah gemuruh la!!











*mungkin ade sambungan

RIP but dont die.

By skema jagung on Tuesday, March 08, 2011

orang nak kena siku (2)

Filed Under:




sambil-sambil gua tengah buat slide untuk present anatomy pagi nanti, terkenang pulak gua pada sekolah.

pada gua bukan sekadar sekolah.tempat gua makan,belajar,berak,tidur,sakit,bersusah payah,bersenang lenang,berkawan,bermain,berlari...mengenal erti persahabatan..tempat untuk gua berbakti bila smpai waktunya nanti..pendek kata,


'SASER is just not my school..SASER is my second home'


tapi


'semalam kita adalah bekas pelajar kepada sebuah sekolah gemilang,
harini kita adalah bekas pelajar kepada sekolah yang tak wujud...'

RIP SASER.

namamu teratas

walaupun sudah tiada.




gudluck SMS tunku munawir.




*hari ini adalah hari terakhir lagu 'putera harapan' dinyanyikan.sing it loud.even in your heart.



Sekolah Menengah Sains Seremban

Sekolah yang berwawasan

Berbakti penuh cekal

Harapan Nusa Bangsa

Bersemangat waja

Berpadu tenaga

Ilmu dijunjung sepanjang masa


Tingkatkan iman dan takwa

Membentuk generasi mulia

Semua PENGORBANAN di hargai

Semua usaha dicontohi

Pemangkin kemajuan masa hadapan

Memartabatkan Sains Seremban

Memartabatkan Sains Seremban


Kamilah Putra Harapan




in memories....

*menyesal gua takde camera time skolah dulu



gua ade lagi lencana besi ni.



tempat bermain sampai patah riuk



tempat bersahabat


fly sebelum tiba waktunya



belajar pada waktunya


grad tepat pada waktunya




in my heart


in my memory










namamu TERATAS

a professional allied health sciences guy

By skema jagung on Monday, February 14, 2011

orang nak kena siku (6)

Filed Under:


visi dan misi kuliyyah of Allied Health Sciences adalah untuk melahirkan seorang Allied Health Science yang profesional,cekap dan efisyen dari segi kerja,sahsiah dan pergaulan.



maka!!!



bermain dengan bunga




dan menggedik bukanlah sikap seorang seorang professional health science guy

jauhi ye rakan dan taulan sekalian..jauhi...





dari pengalaman 2 sem di IIUM kuantan ni,gua dah leh detect sket-sket dah ciri-ciri lelaki sejati,matang dan berkaliber.






nak tengok contoh?



jap......



okey~

dari kuliyyah of Allied Health Sciences..kami persembahkan!

contoh lelaki macho!!




fadhil 'jung-pyo' endut-1st year diet




amer 'de jang'-2nd year opto




disamping itu,bagi melahirkan allied health science yang pro,mereka memerlukan beberapa kualiti yang sememangnya tak boleh dipandang enteng walaupun bendanya kelihatan 'simple' di mata gadis..



antaranya...



lelaki allied health science yg pro mesti mahir melakukan sebarang kerja meskipun kerja tu ramai pompuan buat

aizat 'ijat'-3rd year radio




mesra alam sekitar
naim-3rd year radio



aktif dalm segala bidang termasuk la sukan
ijat n elza-3rd year radio


mempunyai senyuman manis dan memahami hati pesakit
azuan 'azu' -final year opto



berfikiran jauh dan matang..
syukri 'syuk' aminuddin-1st year opto


adil dan saksama dalam segala aspek kehidupan
syahir 'bacak@pacak@chad'-2nd year audio


tidak takut melakukan pekerjaan yang berat meskipun berpeluh dan berembun
nasrul 'yo' hadi-1st year opto



mampu mengawal emosi,samada suka,duka mahupun ketika menahan kentut
fazril 'aril' akmal-1st year opto



tahu mejaga penampilan dan skill meskipun di depan gadis
arif 'maba'-2nd year diet



menepati masa dan ketika
luqman-2nd year diet


kuat berusaha dan yakin pada diri
fazman 'man'-1st year radio



menyayangi sesama rakan

sarizi n fahmi "ami'-1st year opto


iqbal n syazwan 'wawa'-audio n opto 1st year



dan juga selalu memohoh daripada 'NYA'
Abd. Rahman 'domey'-3rd year diet



tidak memandang rendah orang lain walaupun pesakit
hafizi 'piji'-final year diet


tidak mudah patah semangat.
faisal 'mat rok'-1st year radio



menghargai rezeki dan nikmat
kudin-opto 1st year (sila kawin dgn dia ye para gadis)

safwan 'mukmin'-1st year diet




tidak mudah melatah walaupun ditiup angin taufan sekalipun
hanif 'handrifter'-1st year radio



mampu menggunakan pelbagai alatan-alatan yang moden,canggih serta yang digilai makwe.contoh:satria neo,sport rim 2 piece,kamera digital,henfon 5G,motor ex5
hazwan 'hahahazwan.sp'-1st year opto


zaim 'yoy'-1st year radio



ridha dan sony erricson berkamera-3rd year radio

firdaus 'van der woosen'-1st year audio




pandai merancang dan merangka stategi dalam saat genting dan kritikal



mampu berfikir dalam keadaan sukar dan terhad


mampu bekerja secara berpasukan
AHS 7th Gen

tidak takut meskipun bermain di tempat gelap

geng samseng lorong terang




dan memilih hiburan dengan bijak.
berseronok bukanlah sesuatu yang mungkar ye rakan-rakan..ingat!



simbol perpaduan juga adalah 1 element penting dalam satu-satu batch bagi meng-'konkrit'-kan lagi perpaduan ummah dalam sesuatu organisasi

simbol perpaduan sepanjang zaman




pendek kata,dengan elemen-elemen yang diterapkan dalam buku log akedemik HOD masing-masing memang sangat releven dan 'kena' dengan gaya dan penampilan para pelajar.

semoga cermerlang semua.gua dan orang rumah senantiasa doakan anda!


XOXO-gossip guy~






p/s:

LAUNGKAN!!!!

Belia Benci Gedik!!

Sponsors


I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari beli mee bandung

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG