budak baik...jangan gaduh!!

aktiviti cuti

By skema jagung on Sunday, May 08, 2011

Filed Under:

1)tido

2)makan

3)buat-buat buat kerja

4)makan

5)gaduh ngan makwe




6)tido balik



*********

sebagai belia yang produktif,gua kecewa dengan tentatif program harian gua sendiri.sebagai contoh,kalau gua gantikan masa makan dengan aktiviti yang lebih akademik contohnya baca 'paper' sambil makan kan cantik.sebagai siswazah,waktu makan sepatutnya diletakkan bersama waktu-waktu lain.contoh senang gua bg ialah budak audio sendiri, Iqbal Hanafi.ni produk payah dapat sebab beliau makan sambil main game PES 2011.kalau tak PES,die gayut ngan makwe die, Amira.

masa buat-buat buat kerja pula,kalau gua betul-betul buat kerja kan bagus.sekurang-kurangnye gua lebih produktif.produktif dari segi sosial mahupun kewangan.dan belia yang produktif adalah belia yang Mahathir beriya nak bentuk dulu.last-last dapat belia mcm ni.padan muke gua dan mahathir skali.kalau Multimedia super coridor (MMC) dah berjalan dengan maju sebelum 2020 dah konpem gua jadi jutawan internet skarang.

masa bergaduh dengan makwe,ataupun sekarang lebih dikenali sbgai ex-makwe,kalau gua gantikan dengan perkara yang membangunkan minda kan elok.misalnya hafal nota anatomy yang serupa gampang payah.dah la susah,menyusahkan pulak tu.tak pasal-pasal gua kena ade shortsem.bodoh macam internet punya subjek.tu belum cerita bab critical thinking lagi.subjek ni klau orang tak tido time kelas,die bukan orang.jadahnye bercakap sampai 2 jam stengah dalam bilik aircond.kalau gua start motor dan tinggal,lepas 2 jam tu abis kering dah minyak motor dalam tangki.die punya lama ingat gua ni ikan kembung nak duduk dalam bilik sejuk lama-lama?kat rumah pun mak gua tak ajar duduk dalam aircond.ni universiti baru duduk 2 sem dah berlagak nak ajar gua main aircond.ni la punya budak-budak GiatMara Kijal berebut nak ambik jurusan repair aircond.terpengaruh ngan budaya sejuk.

aktiviti tido balik gua ni sebenarnya berlaku dengan agak perlahan.dan tanpa faedah.biasanya gua cek update harian sebelum tido.cek harga minyak RON97 naik 20sen, putera willian botak tengah kawin kat youtube, forum vespa nak repair Lyla, forum ex5 nak taruk engin turbo, forum percintaan nak pujuk makwe style yang up-to-date,blog otai-otai cari knowledge baru..part ni paling lama.boleh bawak ke pukul 1-2 pagi.macam skarang,pukul 12.24pm..sejak dari pukul 10 gua layan internet.bunyi pintu bpak gua baru balik keje gua buat tak heran je..


**********

'dah le menaip..tido la pulak....' sound dari papa tercinta dengan muka tarik sket.gua gentar.terus stop menaip sebelum die tarik kabel modem.kehkehkeh..

0 orang nak kena siku for this post

Post a Comment

Sponsors


I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari beli mee bandung

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG