budak baik...jangan gaduh!!
walaupun berkaca mata di tempat seperti hutan rekriasi tu wajar sangat,tapi nazirah rock 'parang' bertanggungjawab atas kewujudan gambar ni dalam menda mengarut ni.
malas nak tunjuk lebih-lebih.tapi spec oakley frogskin tu gua tak pinjam.gua dapat hadiah.sape bg rahsia.
tapi kalau menang duit tu gua nok bahagian gua sikit.paling kurang pun dapat gadis marghribi RM14k.
harga petrol naik
harga gula naik.
harga teh tarik naik.
harga mee sup naik.
badan makcik kafe naik.
mestila.
buat teh segelas pakai 1kg gula.
mee sup pakai petrol.
sebagai seorang yang penyabar,gua tetap tabah.
tapi si 'tomato yang menyanyi' maintain je body.
se-maintain harga mee sup.
tak suka makan riba gamaknya.
*gua nak beli basikal pegi kelas.sape nak jual basikal racing?harga dalam 83.3333 kali ganda harga makan mee sup gua angkat.
notis-harga mee sup=RM4.80 semangkuk.
**gua dah paham nape ade ketas A4 tulis boikot banyak kali diedarkan kat pintu depan bilik.harga kertas tak naik.kan?
pagi itu,gua bangun awal dari biasa.rajin juga gua pada hari itu..."hari taiko kepada segala rajin gamaknya",desus gua dalam hati selepas baca doa bangkit dari tidur.
dan bukan senang untuk belia harapan mcm gua baca doa bangkit dari tido.kerana setiap kali bangun dari tido,gua sudah terlambat.bila terlambat,gua akan lebih kepada "alamak!" berbanding "bismilahirrahmanirrahim........"
tapi hari ni gua bangun awal.siap sempat download supernatural episod 11 dan siap tengok lagi.masuk je waktu subuh gua boleh kejut roomate gua, Aminuddin lagi.macam tu punya awal kalau nak bayang.gua bet kalau mak gua tau gua bangun awal camtu,mau rasa mint+menthol dalam perut.
dan sebagai seorang pelajar IPT yang tipikal,gua memulakan aktiviti mandi seawal subuh hari.gua pun bangga dengan prestasi gua hari itu. "ini mesti hari gua paling cermerlang"-gua kate dalam hati sambil pakai minyak rambut selepas mandi.dan hari itu gua sempat juga mengenakan minyak rambut.sesuatu yang gua sendiri tak jangka.
sambil menunggang honda 'siti' ke kampus,gua tersenyum girang.hehehe...macho gile hari ni..
****
sekali pagi tu department gua buat test english yang tahap sukar bagi manusia berlidah Melayu 'pure' mcm gua.saudara Pacak yakni senior gua menjawab sambil baca mantera.bahasa ape gua tak pasti.bunyi halus-halus.Iqbal Hanafi Zulkifli yakni classmate merangkap roomate gua jugak menjawab sambil mencarut dalam bahasa melayu.
rasa mcm nak tulis 'B#&!' je kat paper SFS.
gua balik pecut laju-laju,mencarut,tulis blog,terus tido..demmit my first day.harap esok takde test tulisan jawi.
berenti belajar.
mintak kerja dekat 7-eleven.
takpun stesyen minyak petronas atau ape-ape stesyen minyak.
yang ade bakat menyanyi bleh apply Akedemi Fantasia musim baru.
yang berbakat ambik gambar bleh masuk pertandingan fotografi Kementerian Pelancongan.
yang ade bakat berlakon bleh masuk 'pentas anak wayang'
yang ade bakat bergambar bleh pegi mati ngan gambar.
***
dah sakit hati baca status fesbuk budak malas balik hostel.hostel pun taman syurga ape?
1.azam tahun baru taknak jadi pemalas.kali ni serius.
2.pernah bercita-cita nak jadi penulis.tendang-sepak semua bio pastu masuk Aswara.tapi masih waras.
3.percaya kepada cinta selepas perkahwinan.ni serius.jangan main-main.
4.selalu lepak dekat audio classroom dgn department of Audiology n Speech Language Pathology.
5.tak bnyak cakap.
6.memiliki pakaian yang kebanyakkannya bewarna hitam dan putih.
7.benci pakaian berwarna terang.
8.suka baca buku.cuti 1 bulan gua baca 3 bijik buku.tu tak termasuk kitab al-Quran.
9.masalahnya malas gile baca buku berkaitan audio.tak minat...
10. kurang membaca komik.lagi2 yang lukis pakai kaki (cincai)
11.suka barang klasik.
12.tuan kepada Nissan Sunny B11 (1984).
13.juga tuan kepada Piagio VBC Super 150 (1974).
14.sangat meminati 4WD.rock gile!
15.juga suka mengumpul barangan 'rare' dan classic.
16.tapi tak suka tunjuk-tunjuk kat orang.sangat rendah diri.
17.jenis selalu hilang henset.careless gile.beli je hilang.
18.minat cerita supernatural.
19.cerita supernatural tu ,dean winchester pakai Chevvy Impala (1967).idaman tu!
20.jenis kuat membantah.tapi bantah dalam diam.
21.tak up-to-date pasal gadget-gadget moden ni.tapi boleh la sket-sket...
22.melantak tak kira masa.dan tak memilih.
23.benda yang membuatkan gua tenang setenangnya ; pokok berwarna hijau.
24.pernah menjadikan berkebun sebagai hobi.tapi duk hostel nak tanam ape?teratai?
25.suka kucing.pernah ade 12 ekor kucing.tapi dah bagi kat orang.now ade 3 ekor je.
**menjawab soalan tak?rajin tak???kehkehkeh...
pagi semalam,gua ade hantar mama gua pergi servis kereta korea die.tapi cerita ni memang takde kaitan langsung dengan kereta korea ataupun kereta mama gua.
tapi berkaitan dengan korea,gua masih lagi mendokan keselamatan SNSD di sane.risau jugak kalau-kalau betis Sunny kena serpihan bom.calar la.macam mane die nak cari makan??benda ni korea utara dan korea selatan kena ambik kira.bukan main serang je.ingat ni gaduh samseng kampung ke?matang la sikit.
berbalik kepada masa,
masa ondewey balik dari tempat servis tu,gua lalu la di sebuah kawasan perumahan yang memang otai di area Kg.Baru,Kg.Gelugor dan Kg.Telaga Papan.Taman Surau Biru.memandangkan taman ni memang otai,gua terpaksa perlahankan kenderaan untuk menghormati lubang-lubang di sekitar jalan raya.
dalam gua tengah practice mencilok,gua terpandang sebuah kancil putih.kancil ni bukan kancil biasa-biasa.sape tembak kancil ni memang bengap.sebab kancil ni sebuah kereta.dan kehebatan kancil ni adalah sebab kancil ni member gua punye,Mohd Radzi bin Ramdzan.dah bertahun tak jumpa gua masih ingat keadaan kancil putih berplet terengganu tu.
"ingatkan skill memandu je power,skill mengingat pun bleh tahan lagi"-puji diri sendiri gua dalam hati.
gua pun berhenti la kenderaan pacuan 4 roda milik ayah gua dan bertemu muka dengan sahabat gua tu.muka still maintain innocent.jangut pendek.
"dah sah bukan geng tabligh"- desus gua dalam hati.sebab dia pilot.geng tabligh dan pilot ni bukan kategori yang same.dan ketidaksamaan tu membuatkan gua malas nak tegur.so,gua sembang la sikit-sikit dengan die pasal dah bertahun tak jumpe.last jumpe pun masa main futsal lepas SPM dulu.mase tu gua baru belajar buat layout Myspace.
tiba-tiba tersentuh bab belajar.
ah sudah.....gua belajar bukan tinggi pun.nak kate cermerlang,jauh sekali.
"mu blajor mende leni?"
"audiology"-jawab gua ringkas campur malas..
lagipun kos audio ni bukan first choice gua mase interview dulu.dan juga disebabkan gua dah tau die blajar nak jadi pilot,gua malas nak tanya balik.so gua tnya soalan lain.
"mu bila abis blajar?"
"lambat lagi.aku ade 11 jam lagi"-jawab beliau dengan muka biasa-biasa.
matematik kuno mane gua belajar ni?
***
kemudian die menerangkan keadaan cuaca yang tak menentu menyebabkan flight terpaksa delay.
mane gua tau.gua bukan naik flight hari -hari pegi kelas.time gua nak naik okey jek?