budak baik...jangan gaduh!!
catitan hari pertama di taman syurga
By skema jagung on Monday, December 13, 2010
Filed Under:
pagi itu,gua bangun awal dari biasa.rajin juga gua pada hari itu..."hari taiko kepada segala rajin gamaknya",desus gua dalam hati selepas baca doa bangkit dari tidur.
dan bukan senang untuk belia harapan mcm gua baca doa bangkit dari tido.kerana setiap kali bangun dari tido,gua sudah terlambat.bila terlambat,gua akan lebih kepada "alamak!" berbanding "bismilahirrahmanirrahim........"
tapi hari ni gua bangun awal.siap sempat download supernatural episod 11 dan siap tengok lagi.masuk je waktu subuh gua boleh kejut roomate gua, Aminuddin lagi.macam tu punya awal kalau nak bayang.gua bet kalau mak gua tau gua bangun awal camtu,mau rasa mint+menthol dalam perut.
dan sebagai seorang pelajar IPT yang tipikal,gua memulakan aktiviti mandi seawal subuh hari.gua pun bangga dengan prestasi gua hari itu. "ini mesti hari gua paling cermerlang"-gua kate dalam hati sambil pakai minyak rambut selepas mandi.dan hari itu gua sempat juga mengenakan minyak rambut.sesuatu yang gua sendiri tak jangka.
sambil menunggang honda 'siti' ke kampus,gua tersenyum girang.hehehe...macho gile hari ni..
****
sekali pagi tu department gua buat test english yang tahap sukar bagi manusia berlidah Melayu 'pure' mcm gua.saudara Pacak yakni senior gua menjawab sambil baca mantera.bahasa ape gua tak pasti.bunyi halus-halus.Iqbal Hanafi Zulkifli yakni classmate merangkap roomate gua jugak menjawab sambil mencarut dalam bahasa melayu.
rasa mcm nak tulis 'B#&!' je kat paper SFS.
gua balik pecut laju-laju,mencarut,tulis blog,terus tido..demmit my first day.harap esok takde test tulisan jawi.
1 orang nak kena siku for this post
lawak!