budak baik...jangan gaduh!!
setelah gua kira-kira,
gua masih ade lagi bebaki 6 sem untuk melanjutkan pelajaran.
6 sem bermakna 3 tahun.
jadi,
kalau 1 sem gua save RM1k,
time gua grad gua ade RM6k.
pastu kerja 1 tahun.
katekanlah gaji gua dapat save RM500 1 bulan,
1 tahun gua ade RM6k lg..
tambah ngan RM6k mse blajar..ade RM12k..
pehh..kaya...
nak beli LML star deluxe sebijik..tehehehhehe ~~
madu kepada si Lyla Majnum kat rumah..hahahha
si Siti gua tengah rancang nak cerai
yg sebijik lg pun nak cerai gak
gua hanya nak bertemankan Lyla sama makwe baru MLM.
*********
cilakak.bile gua nak kawin gini??
cilaka lagi!gua xde gambar Lyla???
baru-baru ni gua ade krisis dengan ramai orang.ramai tu bermaksud lebih ramai dari budak kelas gua time shortsem.kalau kira-kira pakai jari,boleh kata tak cukup jari tangan.kalau pakai kaki,boleh konsider cukup-cukup makan je.
krisis gua ni melibatkan ramai orang.termasuklah dengan perdana menteri malaysia yang menaikkan harga RON97 dan gula.kejadah die naik harga gula.gua minum kat casper dah rase tawar-tawar skit.bile gua tarik muka dengan tokey,bermula la krisis dengan kedai makan.lu bayangkan minum teh 'o' macam minum air suam.kejadah.bodoh macam guni gula.gua tak kisah Honda Siti tak leh isi minyak RON97.gua kesah bila gua xleh kena teh 'o' normal.manis,nipis-nipis dan rasa teh.gua dah takleh buat pape.payah nak cakap.
dengan budak-budak tempat gua belajar ni pun ade la sikit-sikit mukaddimah krisis.masalah belia umur nak masuk 21.bukan gua 21.gua baru 18.bila bab 21,masalah remaja ni selalunya merangkumi segi sosial,budaya,adat resam dan personaliti diri.tak terkecuali masalah makwe.hal persoanliti diri ni payah gak nak cakap,tapi pandai-pandai la bawak diri.semua dah besar kan.bab makwe ,gua memang tak reti nak cakap.gua ni bukan jenis power sangat main makwe.surface-surface boleh la.kalau dah deep sangat memang gua noob.
point paling besar ialah,gua memang rase nak cakap.tapi gua takleh cakap.tu la satu-satunya masalah yang paling besar.ni raja kepada segala masalah-masalah di mukabumi.sori der.gua memang nak bagitau,tapi gua takleh.
***********
tiba-tiba dapat mesej.
'result sem lepas camne??'
gua bukan taknak cakap!tapi payah la nak cakap!!
1)tido
2)makan
3)buat-buat buat kerja
4)makan
5)gaduh ngan makwe
6)tido balik
*********
sebagai belia yang produktif,gua kecewa dengan tentatif program harian gua sendiri.sebagai contoh,kalau gua gantikan masa makan dengan aktiviti yang lebih akademik contohnya baca 'paper' sambil makan kan cantik.sebagai siswazah,waktu makan sepatutnya diletakkan bersama waktu-waktu lain.contoh senang gua bg ialah budak audio sendiri, Iqbal Hanafi.ni produk payah dapat sebab beliau makan sambil main game PES 2011.kalau tak PES,die gayut ngan makwe die, Amira.
masa buat-buat buat kerja pula,kalau gua betul-betul buat kerja kan bagus.sekurang-kurangnye gua lebih produktif.produktif dari segi sosial mahupun kewangan.dan belia yang produktif adalah belia yang Mahathir beriya nak bentuk dulu.last-last dapat belia mcm ni.padan muke gua dan mahathir skali.kalau Multimedia super coridor (MMC) dah berjalan dengan maju sebelum 2020 dah konpem gua jadi jutawan internet skarang.
masa bergaduh dengan makwe,ataupun sekarang lebih dikenali sbgai ex-makwe,kalau gua gantikan dengan perkara yang membangunkan minda kan elok.misalnya hafal nota anatomy yang serupa gampang payah.dah la susah,menyusahkan pulak tu.tak pasal-pasal gua kena ade shortsem.bodoh macam internet punya subjek.tu belum cerita bab critical thinking lagi.subjek ni klau orang tak tido time kelas,die bukan orang.jadahnye bercakap sampai 2 jam stengah dalam bilik aircond.kalau gua start motor dan tinggal,lepas 2 jam tu abis kering dah minyak motor dalam tangki.die punya lama ingat gua ni ikan kembung nak duduk dalam bilik sejuk lama-lama?kat rumah pun mak gua tak ajar duduk dalam aircond.ni universiti baru duduk 2 sem dah berlagak nak ajar gua main aircond.ni la punya budak-budak GiatMara Kijal berebut nak ambik jurusan repair aircond.terpengaruh ngan budaya sejuk.
aktiviti tido balik gua ni sebenarnya berlaku dengan agak perlahan.dan tanpa faedah.biasanya gua cek update harian sebelum tido.cek harga minyak RON97 naik 20sen, putera willian botak tengah kawin kat youtube, forum vespa nak repair Lyla, forum ex5 nak taruk engin turbo, forum percintaan nak pujuk makwe style yang up-to-date,blog otai-otai cari knowledge baru..part ni paling lama.boleh bawak ke pukul 1-2 pagi.macam skarang,pukul 12.24pm..sejak dari pukul 10 gua layan internet.bunyi pintu bpak gua baru balik keje gua buat tak heran je..
**********
'dah le menaip..tido la pulak....' sound dari papa tercinta dengan muka tarik sket.gua gentar.terus stop menaip sebelum die tarik kabel modem.kehkehkeh..