budak baik...jangan gaduh!!

J.K.J.B dan isu-isu sensitif

By skema jagung on Sunday, January 30, 2011

orang nak kena siku (7)

Filed Under:

gua ade seorang kenalan.kenalan tu bermaksud gua kenal nama die walaupun gua tak pasti die kenal nama gua tak.yang gua pasti,segenap pelusuk dunia kenal akan kenalan gua ni.tak kire budak sciences ke, allied ke,pharmacy ke,nursing ke semua kenal.medic????akrab sangat dah dengan kenalan gua ni.klau budak 1st year semua penah sekelas dgn die..ntah-ntah ade yang penah jadi roomate die..

berkaitan dgn roomate,kenalan gua juga kini selangkah didepan untuk menjadi bakal roomate gua.gua sebenarnya tak amik port sangat sape bakal roomate gua.tapi kalau bab roomate yang boleh mempengaruhi masa depan,peribadi dan sosialiti,gua sangat sensitif.sensitif se-sensitif-inner hair cell near the organ of corti.

itu hari,gua punya compartment-mate mula berjinak-jinak untuk berkenalan dengan kenalan gua ni.gua lagi tak amik port sape nak kenal dengan sape.bukan gua bernakkan korang pun.tapi gua jadi sensitif bilaa...






*******************************







JKJB : amin,AWAK balik kampung bila??

amin: aku balik lusa..ko balik kampung bile???

JKJB: SAYA takde kampung.SAYA ade taman je.taman sentul.jadi SAYA tak balik kampung SAYA balik taman.hehehe..lawak kan?

amin: ye..ye...





**************************




gua segera karate tengkuk semua roomate gua smpai patah..gua cincang-cincang mayat semua orang.. buat bebola daging.lepas tu gua makan dengan bakso.lepas tu gua tinju syiling smpai nampak bintang,gua sepak katil jadi kreta sport...,gua tendang pintu jadi makwe cun.lepas tu gua ngorat makwe tu...makwe tu lepas tu bersetuju nak jadi orang rumah gua.






**************************















-budak universiti ade lagi cakap pkai SAYA AWAK dengan member?wth???
-sebagai pelajar audiology,gua amat sensitif dengan bunyi-bunyi berfrekuensi tinggi dan menyakitkan hati seperti suara si JKJB buat lawak.
-lu org penah dengar lawak autar balik taman tak?best kan?lawak kan?
-fakta: setiap ucapan selamat JKJB akan disambut dengan laungan menghalau oleh budak bilik gua.tapi die tak pernah paham.wth???

bola itu bulat.

By skema jagung on Sunday, January 23, 2011

orang nak kena siku (7)

Filed Under:





-bola sepak
-bola takraw
-bola jaring
-bola tampar
-bola keranjang
-bola hoki
-bola getah
-bola ketam
-bebola bakso
-bebola ketam
-bola bulu (kucing matrok)
-matrok (bola daging)

ini adalah contoh bola-bola yang bulat samada semitri mahupun tidak









kecuali bola ragbi




BOLA UNITE US ALL. 1 CHEERS FOR HEALS' SPORTS TEAM!

CHEERS!!!!!YAM SHENG!!!

WARGHHHHHHHH!!!*)*&)(@$#





***shuttlecock org panggil bola gak ke??

***semua orang tau.so,nape aku cakap?

***BANGSAT betul penulisan kali ni!!!

salahkan endocrine system gua

By skema jagung on Wednesday, January 19, 2011

orang nak kena siku (4)

Filed Under:

'life is short.so,make it sweet'

dari header blog classmate gua.

gua kalau boleh nak sweet je all the time.

ingat gua budak jalanan ke nak gaduh-gaduh??

mak gua berjaya didik gua dengan sempurna la..

tapi 'role' gua banyak sangat sampai gua punya hormon tak sampai target cell.



*************

***role gua:pelajar,pengguna fesbuk,mencarut kat blog,seni mengata,kaki paw,kaki ponteng,kaki meeting,kaki lepak,kaki bangku,tukang lipat,tukang kata,tukang hentam,.............................dsb...........



***gua ingat nak kurangkan role gua kepada 3 je.anak soleh,pelajar yang mengamalkan ilmu dan hamba yang taat



***gua tulis blog sambil dengar lagu sweet dari blog classmate gua..halussssss je jiwa..

tuala lelaki.

By skema jagung on Thursday, January 13, 2011

orang nak kena siku (6)

Filed Under:

itu hari ade cikgu gua tanya:

"takde orang nak group dgn brothers dua org ke???sian diorang takde geng nak buat keje..."

tiba-tiba ade jawapan-"taknak"-ringkas dan padu dari penjuru belah kanan gua.

jiwa jantan gua tersentap kejap.ni jawapan paling lurus hari ni.

jujur,padu dan kukuh.

tapi ini hari jiwa gua mcm laju semacam.tak melenting balik lak tu.

mungkin kerana gua jenis ranggi,steady, 'tabarruj' dan tak bnyak songeh.

serta tak dendam.

tapi dalam minda gua ade syaitan tengah bg tazkirah suruh diam.

gua pun dah naik musykil kenape setan pn boleh suruh gua sabar....

baik sngat ke setan ni berbanding gua????

adekah kerana....................






******************************






hahahhahhhahahhahahahahaha!!

mampos la korang buat keje AGD t...aku ni laki.hahahahhaha...!!takleh wat keje...hahahahhahahhahahhahahhaha!!







*AGD adalah acara dimana semua pompuan boleh makan bnyak-banyak dan pakai lawa-lawa,tapi takde orang nak bising.
**hari AGD ni gua dah booking tiket nak pg ronda dunia.gua bercadang nak BBQ ngan bro audio kat alaska.amacam??
***balik je kelas,gua terus buat assignment sorang-sorang.ingat gua xleh berjaya xde pompuan tolong??gua budak all boys la.

kepingin header

By skema jagung on Thursday, January 06, 2011

orang nak kena siku (0)

Filed Under:

nak tukar letak gambar gua kat header blog.

letak muka besar-besauuuuu...

warna-warni....

muka pula mesti cute tahap gaban..

pehh..rating naik.

sape yang untung?

gua jugak.

sape yang feymes??

gua jugak.

sape dpt nama?

gua jugak.

sape yang kena kutuk?

pun gua jugak...

sape kutuk gua???

kutu-kutu tak sedar erti seni dan rendah diri.

sape nak kena banned dari fesbuk?

tu kena tanya saudara DRIFTER..


kehkehkeh...=P




***haritu gua hampir score own goal sebab tersilap header.ni dah terkeluar topik ke??

bila semua orang bercerita pasal azam

By skema jagung on Monday, January 03, 2011

orang nak kena siku (1)

Filed Under:

mane azam budak engin tu pegi skarang ek?lama siot x jumpe.azam medic ade je nampak kat depan surau.

tahun baru yang aktif,cerah dan berpeluh

By skema jagung on Saturday, January 01, 2011

orang nak kena siku (2)

Filed Under:

1 Januari 2012-Heals' Sport Interbatch Tournament




suasana baru nak cerah.

budak-budak yang datang duk pulun main smpai nak rebah..

yang senior pun nak jugak.tak padan dengan ade bini main takraw smpai tengahari buta.

yang junior skali....ade lah datang..

cukup la kalau nak main congkak double.

yang menang bersorak riang.

yang klah rilek-rilek je..

*********

pulang je gua ke bilik,semua duk bantai lepak-lepak.

tiba-tiba haiwan peliharaan gua pulang.

berpeluh.

baru lepas pulun takraw 3 set sama basketball sampai jadi naib johan.

tiba-tiba........

"hg dah ade nota *&(#$@)! ke??aku takda lagi ni..cmne nak study"


gua segera angkat jari tengah semua tulang empat kerat dalam loker.


***********


belia zaman sekarang memang takut berpeluh ke?


SERUPA GAMPANG

Sponsors


I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari beli mee bandung

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG