budak baik...jangan gaduh!!
12.00 am-baru risau esok exam
2.00 am-baru tahu buku teks 'study circle' itu wujud dan mampu dimiliki.
2.30 am-masih mencari tuan kepada buku teks yang rare dan berharga
3.00 am-tak berjaya mencari buku
3.10 am-rupanya roomate ade banyak nota.baru tahu. 'ooo...' dalam hati..
3.12 am-bukak wikipedia.tulisan hitam dan putih atas kertas tak nampak mcam tulisan sangat.lagipun penguasaan tulisan jawi-malaya masih lemah
3.15 am- koma.tak sedarkan diri sampai subuh.
6.45 am- baru sedar dari koma.menghayati kedinginan air waktu pagi dan 'eksersais' sikit dengan fardhu subuh.
7.00am- koma balik.
8.30 am- bersiap untuk exam.eh? dah baca nota belum?
9.00 am- exam bermula.
9.02 am- mencarut dalam hati.
9.32 am- mencarut secara zahir dengan stress syllable dan variation of intonation
***********
berikut adalah jadual pelajar yang berjaya mendapat pointer 3.98 CGPA semester ini.sangat teratur.sistematik.mudah.berkesan.dan mampu dihayati.
kan?kan?
petang yang redup-redup gua kuar ikut pintu belakang menuju ke lorong blakang bilik.sebenarnya tempat tu lebih kepada pintu depan bagi gua.sebab,tiap-tiap kali gua nak pergi ke kelas,gua lalu situ.gua pakai kasut kat situ.dan gua keluar guna pintu tu.
sama jugak kalau gua nak pergi ke bilik sebelah.nak bermain futsal dan bermain gitar 'karen' milik Awatif Fawwas Roselan pun mcm tu juga.nak menjemput cik Siti menaiki Honda Siti pun,gua cari helmet kat pintu tu.pendek kata,memang tempat tu 'port' abis.boleh disamakan dengan melaka suatu masa dulu.entah-entah, pintu ni lagi banyak fungsi dari Melaka pada gua.
pernah dulu dalam dua tiga minggu lepas,ade kutu pegi kusutkan laluan sutera gua ke pintu belakang.gua tak banyak cakap.buat ape banyak cakap ??sedangkan aktiviti membersihkan muka pintu tak perlukan aktiviti bercakap.balik je kelas ,gua 'sising' seluar jeans gua terus gua sambar mop sama pencuci motor buat mop lantai.peduli ape pencuci tu pencuci motor ke tak.sebab sifat lantai ngan 'spokring' gua sama je.dua-dua berkilat.dua-dua banyak fungsi kepada gua.dan antara dua-dua tu mstilah gua sayang 'spotring' sebab kena beli dan gua sendiri pasang dekat Honda Siti.
gua usha kat luar pintu.henfon 'sekehen' di tangan gua genggam.
henset gua flip.flip tu maksudnya gua kena bukak penutup atas untuk tekan butang di bawah.konsep flip ni adalah sama dengan konsep laptop.kalau konsep laptop payah nak difahami oleh belia modenisasi sekarang ,gua salahkan kerajaan negeri masing-masing sebab budak darjah 5 kat tempat gua dapat notebook sebijik sorang.
ah kejap notebook.kejap laptop,kejap flip.kalau orang bodoh mesti tak faham.padahal konsep sama je.ha-ha-ha...gelakkan orang tak faham..ha-ha-ha..
henset gua ,gua bukak.takkan gua nak mintak tolong orang lain bukak?benda simple mcm bukak henset dan bukak kasut perlukan seorang tenaga manusia je.kemudia gua taip 'Siti' dan call.....sambil-sambil call gua cari port duduk..mengadap ke lorong...
'assalamualaikum...eh?makcik?siti ade???'
'err..en.woodsen?haa...siti dah mati.smalam.tak tau ke?hish..lembab betul!'
*******************
kad kawin ramai je nak tag gua.
ape????mati takde kad????buat la satu bodohhhh!!!
'awok!!umie suruh masuk jumpe opah!' ,jerit siti dari depan muka pintu pagar.lantang dan tegas.
sejak gua tinggal siti kat lorong berhampiran kediaman die,ni kali pertama gua dengar suara langsi macam ni dari mulut seorang makwe.macam ajak gaduh,tapi penuh dengan ciri-ciri wanita.
gua pandang serong dengan muka kerkedut remaja awal 20-an...
pehhh..siti-siti..sejak dua menjak ni ramai pulak nak introdius kat gua...semalam umie, petang yang sama kat daddy...arini opah..esok lusa????cikgu skolah rendah dulu?pengerusi JKKK??
kusut...kusut...
dengan muka kusut gua jalan seret kaki masuk dalam rumah.nasib baik gua seret kaki.kalau gua seret muka,tak ke kusut wajah hensem gua?
masuk je dalam rumah,opah si siti tengah steady layan drama melayu kat tv..gaya steady.
'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,margfiratan warahmah ya opah!' ,dengan lancar gua sebut.takde sangkut-sangkut.takde gagap-gagap.semua flow je.
opah pandang gua dengan hairan.muka berkerut-kerut tapi penuh steady.memang gaya paling opah dalam segala opah.
'ni ke encik van der wooden?apesal nama omputih,tapi muka melayu?tak putih pun?'
************
'lancau lu syiling, apesal lu amik warna gua???!!nak kena hempukkkk????!!!'
will be ended.soon.
petang tu gua hantar budak ni balik..
mcm biasa lepas pekena wayang cerita melayu tak seram..ntah mcm mane haritu berlaku sesuatu yang menyebabkan cerita hantu jadi tak seram...
'hantu ni muka lagi bodoh dari selipar gua'-desus gua dalam hati...
selesai sesi cubit mencubit dari cik siti burung murai jadian ,gua memulakan langkah hantar anak orang balik rumah..
'bismillahirrahmanirrahim....vrommmm.....' Honda Siti gua hidupkan.
honda Siti ni bukan calang-calang Siti.nama Siti ni gua sendiri bagi selepas insiden ekzos Siti remuk kena gasak dengan 4WD.masa tu gua sedih teramat sangat sebab baju gua koyak mase jatuh.so,gua namakan si Siti tu Siti..
siti yang gua nak hantar balik ni pun bukan calang-calang siti.siti ni kalau tak dengar die membebel boleh naik demam gua.tapi bila dapat pekena bebel pehhh......nak sedap tambah lagi sedas dua cubit kat kaki.carik rabak bulu kaki gua...silap-silap gua boleh jual cik siti ni gantikan produk mencarik bulu kaki.tapi tak best la nak komersialkan anak orang.
MAK...hmmm..
rintangan demi rintangan gua lalui.segala traffic light gua tempuh dengan sabar.takde satu pun gua langgar lampu merah.semua 'bumper' gua redah dengan perlahan.takut tercampak anak orang.sampai dekat lorong,gua pun tinggal die..puncanya gua nak die belajar menggunakan kaki untuk berjalan.
sampai di lorong belakang bilik gua, mesej sampai..
'awk,umie nak jumpe.'
mampos gua...
gua ade darah gemuruh la!!
*mungkin ade sambungan
pada gua bukan sekadar sekolah.tempat gua makan,belajar,berak,tidur,sakit,bersusah payah,bersenang lenang,berkawan,bermain,berlari...mengenal erti persahabatan..tempat untuk gua berbakti bila smpai waktunya nanti..pendek kata,
'SASER is just not my school..SASER is my second home'
harini kita adalah bekas pelajar kepada sekolah yang tak wujud...'
RIP SASER.
namamu teratas
walaupun sudah tiada.
gudluck SMS tunku munawir.
*hari ini adalah hari terakhir lagu 'putera harapan' dinyanyikan.sing it loud.even in your heart.
Sekolah Menengah Sains Seremban
Sekolah yang berwawasan
Berbakti penuh cekal
Harapan Nusa Bangsa
Bersemangat waja
Berpadu tenaga
Ilmu dijunjung sepanjang masa
Tingkatkan iman dan takwa
Membentuk generasi mulia
Semua PENGORBANAN di hargai
Semua usaha dicontohi
Pemangkin kemajuan masa hadapan
Memartabatkan Sains Seremban
Memartabatkan Sains Seremban
Kamilah Putra Harapan
in memories....
*menyesal gua takde camera time skolah dulu