budak baik...jangan gaduh!!
aku,isteri dan ...(dot dot dot)
By skema jagung on Tuesday, November 30, 2010
Filed Under:
subuh.dalam pukul 6.00pagi.
"abang,bagun la..smayang subuh..nak pegi kerja lagi.abang kan audiologist terkenal di tanah air",kejut isteri gua dengan manja.gua bingkas bangun.ya tuhan!ni tahun 2020 dah!macam mane smalam rasanya baru tahun 2010.
ah,apepun,isteri dah kejut.mesti la gua kena bangun.tak jantan la kalau isteri kejut bangun subuh tapi tak bangun.baik gua jadi pompuan.buleh ambik 'offday' sebulan skali.
selesai mandi ,gua cari isteri gua.tak jumpe la pulak dalam bilik.hiss..ni mesti kes nak monteng subuh berjemaah dengan gua ni.takpela.nak buat macam mane.gua laju je sambar henset gua yang paling modern kat alam semesta,terus mesej bini gua ajak masuk bilik sembahyang subuh.tak sampai seminit kemudia masuk la bini gua sambil pegang henfon dan tunduk malu.
''ciss..henfon bawak bukan main.subuh jemaah payah" , sound gua dalam hati sambil betulkan kopiah.
kopiah ni bukan sebarang kopiah.ayah mertua gua yang juga seorang bisnesman syarikat ternakan arnab hadiahkan semperna pembukaan klinik baru gua kat brunie.islamik sungguh bapa mertua gua.kopiah ni bapa mertua gua beli kat turkey masa die ade lawatan team Tupperware ke turkey sambil berniaga masa beliau baru lepas SPM dulu.
selesai solat subuh,gua dan bini gua pekena sarapan.dari tingkat 3 yang meletakkan bilik solat gua,dah nampak lauk pauk atas meja.banyak gile isteri gua masak subuh-subuh hari ni.gua pun konfius ni sarapan ke makan tengahari ni.siap gulai nanas fevret gua pun ade.tak ketinggalan lebihan kway teow semalam pun turut dihidangkan.yang lain-lain termasuklah roti high fibre,susu rendah lemak,mentega 'less cholestrol',buah-buahan dan ulam-ulaman tempatan.mewah dan berkhasiat.
"membazir amalan syaitan"-perlahan gua bisikkan kat telinga bini gua.tersipu-sipu die kejap.
alah,orang perempuan.memang begitu bab nak bermewah.rumah ni pun bukan ramai orang.ade gua,bini gua yang comel dan 13 orang anak yatim yang kitorang sepakat nak jaga.bukan ape.kemewahan ni bukan milik gua seorang walaupun gua je yang kerja siang malam.semua ni milik Allah.
hampir selesai makan sarapan,anak-anak angkat gua turun.dengan tak mandi dan selekeh,datang di meja makan dan cuba mencapai pinggan.belum sempat mereka mencapai senduk kuah kari unta ternakan dari ladang milik usahawan tempatan,gua melenting dulu.
"dah-dah!!pegi naik mandi!selebet nak mengadap rezeki.ni ntah subuh smayang tak ni.naik dan bersiap macam nak pegi funfair baru turun makan!"-jerkah gua tegas tetapi penuh kasih sayang dan prihatin.
anak-anak angkat gua dengan muka paling selebet naik balik ke tingkat 7 rumah gua menuju ke bilik masing-masing.tapi, Saodah/17/F berlalu dengan muka selebet,tapi tetap cute.gua pandang ke syiling dan mengucap banyak kali.Ya tuhan,berilah aku kekuatan untuk mengawal nafsu serakah.
bini gua masih setia teman gua makan.sekali sekala dia suap air fresh oren ke mulut gua.selepas selesai melahap selera,gua berjalan ke muka pintu mahligai.cahaya mentari nyata bersinar ceria bagai ada keuntungan besar yang bakal gua kaut hari ini.selesai isteri gua memakaikan stokin dan kasut,gua berjalan ke kereta hybrid buatan Italy yang baru gua beli 2 hari lepas.ade sedikit kesan calar.gua gosok guna ibu jari sambil jeling pada pemandu gua 'pak meon'.
sah pakcik ni bawak kereta gua ambik awek die keje nurse kat hospital berhampiran klinik gua.kat tempat tu berdebu.tengok kesan debu dan kesan calar pun gua boleh cam menda ni.
dari jauh bini gua sound "lepas abis kerje saya amik abang tau!!saya bawak motor vintage abang!!kita pegi main snooker!!"
gua senyum sinis.bahagianya hidup gua sekarang ;)
mungkin akan bersambung........
6 orang nak kena siku for this post
berangan~~~ :P
hikayat 1001 malam...
kuat imaginasi ko kan.
haha..ni cerita dongeng je.mungkin juga jadi realiti.
p/s->membazir amalan syaitan tu bisik dgn manja.
sedap2 cite mg mang
kehkeh..okey fine.minda aku x berkembang.