budak baik...jangan gaduh!!
happy birthday maman.
patut eja "Mamang" la..bru true kemaman,terengganu
oky ni ade la unsur syahdu.
apekes tak syahdu ini mcm celeb.siap ade keropok goreng,kek coklat chips Luqman senior dietetic 2nd year masak,sate-sate dari Bukit Istana,air soya kotak,sama sahabat-sahabat wish birthday walaupun terlambat 11 jam,laicikang,kek coklat 'resepi rahsia' dan hadiah dari celcom.
-tq kawan-kawan sebab sudi sambut birthday gua.
-tq pada senior merangkap naqib quaranic circle gua sebab support kek coklat cool gile.
-tq bunyamin dan rakan beli hadiah kek 'resepi rahsia' kat gua
-tq budak-budak yang datang makan sate-sate gua.
-tq budak-budak CFS yg lepak kuantan
-tq all yang wish gua samada dari msg,email,facebook,mms,video call,YM,skype dan ape cara skali pun.
gua ingat tahun depan nak ajak sister skali pg makan sate.amacam?
ape???tak bujang?
gua kan dah matang??
itu hari ade beberapa brader tag aku gambar onitsuka tiger dekat facebook.dari pemerhatian dan kajian aku,budak-budak zaman skarang ni memang tergile-gile akan kasut sukan ni.
trendy dan cool.belang-belang tu bro.
aku pun cool jek la sebab dah ade 2 pasang sejak sekolah menengah lagi dah.made in vieatnam lagi.buat jadi pakaian acara pendidikan jasmani,larian padang,trek mahupun gaya bebas.bila masuk universiti jadi kasut time balik kampung.buat naik bas.
tapi masa tu takde la rasa cool mane.
tapi... wa nak pesan 1 jek..take note ye semua..
kepada yang dah termakan propaganda kapitalism dan trend terkini semua.tak salah nak berbelanja sehebat kaum ibu di musim perayaan,tapi biar berpada-pada.biar alah membeli,menang memakai (betul x quote ni)
jangan t wa jumpa lu orang beli bju branded2,kasut branded2,spec mata stylo cap reben,
pastu makan nasi putih lauk telur dadar 2 kali sehari,
naik motor besar yamaha LC tapi suruh orang isi minyak,
henset 4G berbagai-bagai tapi tarak kredit,
kalau yang jenis masuk buku lagi wa utamakan...
wa akan tegur lu orang dengan penuh pragmatic dan semantic.
"pehh..gila.penuh stylo lu brader......"
nasihat dari brader-brader otai dalam zine ape tah aku bace;
-jadi pengguna yang bijak.buat pilihan matang ketika membeli.bezakan keperluan dan kehendak.
-berbelanja ikut kemampuan ekonomi dan taraf hidup.
-makan di tempat murah dan makanan dan berkhasiat.
-pakai ape yang kita ada dan elakkan pembaziran.
-jangan harapkan segala keperluan kita dijual di pasar-pasar.usahakan secara sendiri untuk menjimatkan kos .contoh:tanam sayur,basuh baju sendiri.
pengguna yang bijak melambangkan taraf pemikiran sesebuah negara.
pengguna yang berfikiran matang mampu mengelakkan diri daripada ditelanjangkan oleh kapitalism.
*rasa cam matang sket tulis menda camni sambil pkai spek reben tak ori.
ini bulan,aku punya post dah mencecah bilangan luar biasa dari yang sepatutnya seorang student normal buat.komen tak payah cerita la.macam beruang kutub beranak kembar kat kutub utara.tp banyak yang selekeh la dari yang membina.maklum la.gua punya fizikal dan mental dah jadi target untuk orang yang tak puas hati lepaskan perasaan.
tp skarang ni jarang la plak ade komen-komen camtu.
aku pikir-pikir mebi orang yang tak puas ati sound aku tengah study balik kitab suci al-Quran dan Perlembagaan Malaysia sebelum bg hujah yang kurang teguh tu.
elok la tu.orang kata banyak membaca luas pengetahuan.jauh berjalan luas permandangan.betul dok??
tapi aku still duk gelak lg malam-malam sampai meleret ke sahur bila ingat 1 komen yang sound aku punya darjat manusia ni rendah sbb aku kuat sound orang ngan aku tak hensem???ni kalau ustaz Ali mengajar fardhu ain tau bertapa songsangnya pikiran budak tu mesti mengucap panjang.
alamat balik lambat la kelas budak tu hari jumaat.kekekeke..
*skarang gua tengah kaji buku 'Guidline book Fardhu Ain' serentak dgn 'Dilemma Melayu Islam'.pikir-pikir mane tau ade yang nak cari point gaduh masuk hal agama,kemanusiaan dan sosiopolitik,lak tak payah gua pg ulang alik bilik budak nursing ngan sebok-sebok kat bilik Han Drifter kita;)
PROVOKASI MEMBAWA EVOLUSI
dan revolusi yang demokrasi membawa kesejahteraan kepada masyarakat.
tu je....
*rajin lak aku nak sampaikan mende remeh camni..haihhh..ape nak jadi ngan skill berimaginasi aku.dah semakin pudar sejak dah 2 minggu x balik rumah..agak2 kalau aku post mende remeh camni ade orang marah tak?
di sini ade la beberapa tips yang korang boleh buat bila kena sound ngan orang yg tidak dikenali dan misteri.
1-buat bijak je...biar la ape org nak kate kan?tak pernah aku mintak kirim beli nasi pun kan?
2-teruskan..maknanya orang yg dah sound tu termakan provokasi.di sini kestabilan minda dia sangat lemah dan tak mampu berfikir dengan lebih mendalam kerana keghairahan untuk melepaskan kemarahan.GOOD JOB!
3-balas balik....ni paling best.tapi berpada-pada dan secara berdiplomasi.contohnya buat provokasi yang baru dan runtuhkan ketahanan emosi orang yg tiba-tiba je tak puas hati.biarkan diorang tertekan.rasakan ketegangan suasana tersebut.hayatilah..perghhh~
4-abaikan..ni kalau dah dasar pemalas dan goyang semangat.ataupun korang bnyak lagi kuiz,exam dan PBL untuk diselesaikan.
5-cari gaduh...ni golongan ekstrimis je buat menda takde faedah ni.nama komersial die rock n radikal.cari orang2 yang berkaitan dan bagi tinju manis korang sesedap rasa.**untuk lelaki dan lelaki @gadis dan gadis sahaja.berlainan jantina tidak disyorkan.
6-mintak maaf...tp sori.ni bukan style gua.nak gua mintak maaf?tikam abdomen gua 7 kali seiring dengan selawat dan zikir.tajamkan pisau dulu yea??
pilihan aku nombor 1 dan 2.
oh ya,balas la lagi.ku tunggu jandamu bak kata herwan shoohh~ ;)
p/s::orang yg sound tu memang tak reti baca gua punya blog's header.dah moral rendah mmg la kena bg sebijik.kan?
semperna bulan yg mulia,cewahhh..sumer duk citer pasal bulan Ramadhan yg mulia skarang ni.takpe.ikut trend.baru up-to-date dan ranggi.
so,untuk menjadi orang yang normal dan biasa,aku nak citer jgk la pasal bulan puasa.
ceritanya camni,berpuasalah kamu di bulan puasa.tu je.
berkait ngan biasa,up-to-date dan mengikut trend dengan ranggi,aku pn nak cerita sesuatu
aku nak jadi mcm orang biasa2 je..
-pagi ,atau sem ni yang lebih menuju ke arah tengahari nak prgi kelas macam biasa.
-naik motor saiz sederhana mcm budak2 muda biasa.
-pakai baju kemeja yg banyak warna putih macam biasa.t-shirt gaya2 iluminati ni kurang biasa kalau nak pkai g kelas.seluar jeans kilat2 pun camtu gok.
-tak kena marah ngan lecturer macam pelajar2 biasa.
-cakap telefon macam orang biasa bukan macam saudari Safarizah yang lahanat dan bajet luar biasa.kalau cun takpe gak aku nak mengalah.
-cakap dgn sister dlm kelas mcm kawan2 biasa.takde yang bajet aku nak ngorat,or bajet aku nak cari gaduh.alaa...yg macam biasa..
-makan 5 kali sehari di bulan tak puasa megikut jadual biasa.
-pendek kata macam biasa la semuanya.
-result exam pun nak yg biasa2.taknak gempak sangat karang rmai pandang serong mcm aku ni alien lak.
kesimpulannya,semua aku nak mcm seorang remaja basa yang sederhana.sebab baru2 ni aku dikejutkan ngan sifat saudari kelas PBL aku yang bajet bijaksana luar biasa yang memang lahanat la.anti betul aku ngan orang yang bajet luar biasa ni.
rilek sudah ye sedari.ape yang luar biasa pasal sedari cuma sifat tak sopan yang luar biasa yang memang dah lari dari ciri2 seorang manusia.pendek kata lu memang binatang punya style.gua dah pandang lu macam binatang biasa yang suka menyondol pagar rumah gua je..grrrrrr..
luarbiasa je rasa marah aku kali ni..
kalau aku bleh langgar sedari ngan kereta kebal macam israel biasa buat kat rumah2 penduduk palestin,memang dengan biasa je aku buat kat muka sedari dan perumahan polis marin bukit kuang.
ohya,biasakan diri anda mendoakan penduduk palestin terutama di bulan puasa.
so,seperti biasa,lepas maki orang kat blog,aku pun tidur dan tenangkan fikiran supaya kehidupan aku akan jadi biasa semula.
mintak maaf?sori,tu luar biasa dari style gua.
pandangan ni bukan sahaja datang ketika kita baca buku Language Development sorang2 dalam selimut tengah2 malam..
pandanagn ini juga tidak hadir hanya ketika kita bersemangat dan bertanya soalan kepada lecturer semasa kelas Anatomy n Physiology...
pandangan ni juga dtg bila kita mengidam sesuatu..
dan post kat pesbuk.
DEMMIT bila orang pandang serong.
ingat aku ni angau stail tak educated ke?
gua amik degree kut.pakai stail labcoat.ape barang stail bus stop.
nasib baik aku ni cool,pendiam dan biasa-biasa jek.
oh,ya!
selamat menyambut hari lebaran
dan ramadhan terutamanya.
time shopping bju raya jgn lupa gua arrr????
okey nak pasang mercun 1 ramadhan lak.selamat berpuasa.
pagi sebelum hari kematangan sebenar bun pada 8 ogos yg lalu,atau nama penuh beliau 'bun kaya matured',aku ade la sembang2 sikit menguji tahap kematangan beliau di pesbuk.
_____________________________________________________________________________________
Saturday at 11:35am
bun punya status--> "kalau hati ada byk susah aa, mesti mau pegi itu masjid la...hati byk tenang punya kat sana" - Bro. Ridhuan Wong Abdullah
***matang gile...aku test sket.komen2..
______________________________________________________________
aku-->bun malam ni dangdut jum?
bun-->munkar gila ajakan ko.....
aku-->kita serbu dangdut ajak gadis bawah umur tobat...
bun-->ohh...haha.ok gak tu....dah prektis tarian blom.hahah
aku-->which one???dangdut done.bbq done.seksi done.tensi done.tell me which 1...
bun-->tarian taubat? ade ke ahaha
***done.keputusan dibuat
___________________________________________________________________________________
berdasarkan kalkulisi aku,beliau dah berjaya matang dengan sopan dan terdidik.
tambahan pula ramai gadis dah wish birthday kat ko bun..aku bagi 3.8 pointer kat ko.
eh medic xde pointer.aku bagi ko PASSSSS bun!
aku mmg lame.
sekian.
p/s::gagal bagi ayat power tidak bererti anda seorang looser.mungkin anda bukan seorang "language competence"? siapa tahu kan?
aku cakap die cute
budak-budak lain cakap aku angau.
tak kesah pun angau ke tak.
janji die sangat cute time die menyapa dengan kasar td.
orang lain rasa macam kena marah
tp aku rasa...
oh bidadari~~
tido peluk bantal aku mlm ni..sambil nyanyi lagi Rozzana dendangan Search yang telah disunting lirik tukar nama jadi "^@%!" dalam lubuk hati.
p/s::oh tuhan,cepatkanlah jodohku kalau aku ngan die ade jodoh.hahaha..ma,abang yakin akan dapat 4 flet lepas nikah.seriyes takde autar punye.
sejak-sejak aku berpindah ke tempat belajar yang baru ni,aku dah mula rasa agak malas nak study.agak malas dari sudut pandangan aku sebenarnya lebih kepada 'sangat' malas dari sudut pandangan budak2 ambik jurusan perubatan dan jurusan pergigian.tapi dari pandangan nafsu aku yang subjek teras dari department yang semuanya berjumlah 2 dan hanya 1 hari diperlukan untuk belajar 2 subjek tu,yakni pada hari selasa,belajar 2 jam sehari aku dah rasa lebih dari memadai.kalau lebih dari 2 jam abih la jem otak aku..
soalnya bukan sebab subjek yang menghalang aku untuk 'lebih' rajin belajar.tapi sebab bahan bacaannya.dari minggu pertama belajar kat sini dan jumlah subjek semuanya 9,aku cuma ade 3 biji buku dan berhelai-helai kertas nota.
aku bukannya malas beli buku.ade yang jual aku beli.masalahnya yang payah nak dicari tu.nak pinjam kat perpustakaan yang kaya degan bahan ilmu tu,perpustakaan dah miskin dengan duit(kut).lepas je kelas pertama Language Development,aku ngan cikaro aku bergegas ke perpustakaan dengan menuruni tangga dari aras 5.semput jugak nafas aku tahan bau badan lepas tu.bila dah masuk dan mencari kat sistem opac,die tulis 'reserve' lak..maknanya ade orang pinjam dan x mungkin orang tu pulangkan dalam masa terdekat.typical sister.pinjam sampai habis 1 sem.
pernah jgk aku mintak pinjam nota dari kawan-kawan serumah aku.budak-budak ni memag contra abis la ngan aku.hidup untuk belajar supaya dapat cari kerja supaya dapat jadi kaya punya orang.belum masuk tahun ke dua dah cerita pasal gaji jadi dietitian kat hospital swasta.blajar pun pkai PTPTN je.tp at least die ni ade cita-cita yang tinggi dan jelas.setinggi badan jugakla.cuma jelas je xde lagi kat tuannya.bila aku cakap nak pinjam nota die selamba mintak pendrive,copy,paste pastu cabut balik,bagi kat aku.DAMN.aku x pernah lagi belajar stail berkomputer 100% dari baca nota sampai buat assignment.paling tinggi pun buat assignment je pkai komputer sebab tulisan aku ramai yang xleh nak eja.kalau tingkatan 3 dulu buat kajian geografi tempatan pun aku pakai tangan jek.
seingat aku dulu,time tingakatan 4 dan 5 masa aku belajar kat sekolah sains dulu pun belajar semua pakai buku lagi.sekolah lama sangat??kat matrik pun pakai buku lagi.x pernah plak aku hafas nota Organic Chemistry pakai komputer.paling galak pun guna komputer bila nak hafas nama hero DoTA ngan rsepi nak buat senjata sebelum lawan ngan Hahahazwan masa sem akhir kat matrik..persoalan sekarang ni,adekah buku dah jatuh martabatnya sebagai sumber ilmu utama dan digantikan dengan slide show??kalau camtu kita dah boleh ubah peribahasa "ulat buku" kepada "ulat slideshow powerpoint"...
sampai saat ni,aku dah mula mengeluh.susah jugak belajar dalam arus kemodenan yang semakin speeding ni.kalau motor neuron x laju payah nak kejar.maka dengan ini,mulai saat ini,aku akan merangkak dengan laju untuk menghafal nota ringkas buatan komputer dalam perisian microsoft powerpoint.
sape tau katmane nak print 42 helai slide untuk slide pertama psychology tulung gtau gua sebab gua mmg xleh lagsung belajar kalau x menconteng.
semenjak dua menjak ni badan aku rasa lain macam sket.
nk kate demam macam bukan.selera makan makin kuat.kadang2 sampai 5-6 kali shari aku makan.tido pun makin lena.kalau kelas cikgu Chow tu tak payah cerita la lenanya bagai atas tilam air.kalau kat bilik dah mengalahkan hahahazwan koma.gas beracun yang aku beli sejak 2 tahun lalu dah pun jarang berusik.cuma sindrom online sampai lebam je takde perubahan.kuat termenung pun makin kerap gok.kalau ma aku tengok ni memang suruh pegi klinik dah ni.orang kata macam dah buang tebiat.oh ya,aku baru je reka beberapa tarian baru halis cetusan idea saudara Bunyamin(MD).nampak gayanya betis aku akan sentiasa lenguh sebab time hati bercelaru ni aku kuat menari tarian pelik.
dari diagnosis kendiri yang aku buat depan cermin bilik air petang tadi aku rasa aku dah terkena virus mahu cepat jodoh atau nama singkat oarang melayu lain bagi "miang".
ni semua bermula pada minggu pertama aku masuk kelas la ni.bila dah blajar stail baru ni,ade la sekidit rasa kurang selesa dan kurang tumpuan atau dengan kata mudah bosan.mula la duk usha-usha sisters mana tau ade yang berkenan di mata.di hati kita kira belakang.yang penting sedap dipandang dulu.alahh..tak payah nak buat-buat baik.semua orang pun gitu.lagi-lagi saudari-saudari.ye dok??
oakley.eh,tu nama sunglass aku.sejak duk sini rajin plak pakai sunglass.almaklum naik motor ni silau.
okey,saudari pertama yang dipandang time kelas anatomy ialah....rasanya x payah nak cakap la namanya.pehhh..kuat makan.dah nama budak diet.banyak bunyi.bajet hot.automatik masuk recycle bin.aku ni kan budak audio.mane bleh bising2.
saudari kedua.wow!macam pemalu.makan jugak time kelas.oh ya.aku terfikir dak berniaga kerepek zaim untuk kelas anatomy ni sebab dari teropongan aku sisters ni kuat makan.boleh juga aku menjana pendapatan ni.berbalik kepada sister ke-dua ni.pemalu la sangat.skali pandang orang macam pandang kuih lapis.nak makan terus tanpa asingkan lapisan demi lapisan.yang ni pun KIV dulu mane tau dah tahun akhir tak kawin lagi bleh masuk minang.
saudari ketiga.tak la nampak sangat dari jauh.mungkin faktor ketinggian menghalang pengelihatan aku.bukan aku bantut.budak tu la.bonsai kata halusnya.ishh..oky tu oky dah.tapi macam ade tak kena.usha dekat sket.YA RABBI!!!mata hijau.dismiss!!!aku xmau anak aku ade mata berkulat...haha..
haaa..ni jeng-jeng ni..saudari ke empat.dari jauh.nampak la tuannya.dari dekat,segan nak pandang.hahaha...dah-dah..segan lak nak citer.baru-baru ni cek kertas kehadiran baru tau nama.hahaha...
segan dah ni..
semoga kita semua panjang umur murah rezeki bertemu jodoh.kekeke...dah abis dah.kekeke...=P
semasa saya menulis entri ni,kesan larian semasa keluar bilik untuk pergi menjaga laluan periksa (checkpoint) di acara walk of life anjuran HEALS masih terasa walupun sudah dikit.almaklum,saya ni dah lama sangat dah bersara dlm acara larian dan lompatan mahupun menunggang sejak insiden jatuh kuda dulu.parut di siku pun masih belum sembuh sepenuhnya.mungkin kadar mitosis saya masih perlahan tak seperti LC135 milik budak pergigian yang didakwanya terbaik dan terlaju di alam maya beliau.maklumlah,kita ni motor perlahan jek.150cc je pun.kekeke..
oh ya,berbalik kepada larian HEALS walk of life,saya ingin mengucapkan tahniah la pada senior-senior kerana berjaya membuatkan saya tidak pulang ke pangkuan keluarga tetapi tiada rasa marah atau bersalah kali pertama pada hujung minggu.acaranya juga menarik kerana ramai kakak-kakak (sisters). tetapi saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi jari tengah dan goyang-goyang tangan gaya makan pada budak Sains Kesihatan Bersekutu bilik 1.7 kediaman talhah 9 sebab seekor haram pun tak berjaya bangkit dari koma.mungkin mereka sibuk berclubbing sambil menelaah matapelajaran optik yang dibanggakan malam sebelum cara tersebut sehingga menyebabkan mereka lalai dan lupa yang acara tu dah di 'compulsary' kata warga kulit putih berbintik2 atau 'wajib' kata encik Chow Kok Kee yang mengajar saya matapelajaran bahasa Melayu lanjutan.
dari sumber-sumber yang boleh dipercayai,saya juga diberitahu bahawa mereka juga tidak menghiraukan janji-janji mereka untuk bermain futsal selepas acara jalanan tersebut.mungkin sebab mereka melayu tegar kut.almaklum janji melau pakai mulut jek.saya nak keluarkan borang perjanjian macam PTPTIPU buat berserta setem hasil rasa seperti kurang praktikal pula sebab payah nak matikan setem tu.jadinya beginilah.orang kata, lembu dipegang pada talinya,manusia dipegang atas janjinya.pikir-pikir 2 hingga 3 kali rasa-rasa mereka ni wajar tak digelar manusia?oh ya,berapa banyak tetikus dan dok USB yang berjaya dibeli?ape???bawa balik angin jek???bagus!sia-sia dinasour yang dah mati isi dalam tangki bahan api korang.
sehubungan dengan PTPTIPU,timbul sedikit rasa gusar di hati.bukan sebab bayaran balik pinjaman yang ade sedikit unsur riba tu,tapi memandangkan borang saya kurang lengkap dan ada kemungkinan permohonan tidak diterima.tetapi saya hanya berserah pada tuhan menda tu sebab bukan buleh buat mende pun kalau kutuk orang PTPTIPU kat sini.betul dok?penamatnya ialah belajar bersungguh-sungguh dan biarkan orang berkenaan yang berkuasa menguruskan hal yuran pembelajaran.tapi rasa gusar tu masih tak hilang.
dah berkaitan dengan pembelajaran,perut saya harini ibarat ada rama-rama atau nama lain ialah 'butterfly in stomach' but not stomach ache.kerana minggu depan sudah bermula kuiz pertama untuk subjek 'asas bahasa' atau 'basic linguistic.untuk mengatasi masalah ni saya sudah beberapa kali mencuba buku teks fotokopi dan sedikit pil prostal protanol milik 'mummy' kafe kapitalis yang ditinggalkannya di tandas lelaki dalam surau.nak tergelak juga rasanya bila fikirkan pasal makcik ni.harga makanan yang mahal membuatkan saya tergelak sakan kegembiraan.gelak yang sama seperti melihat rakan sekelas bahasa melayu,anatomi dan psychology yang dah jadi janda tu memakai kanta lekap warna hijau HULK.saya ingat die nak bertukar jadi hulk.risau gok mule-mule.tp galok doh jadi selepas tu.
baiklah,saya tidak mahu mengulas panjang perasaan saya yang bercampur ni.sebab kalau dok ade saudara kita yakni mohd fadhil budak diet akan mati merana angkara dipukul dengan topi keledar gara-gara untuk menjaga perassan saya.
dan lagi 1,saya bukan hati kaca.tp sensitif ade la sikit.maklumlah,lelaki kan.dan bahasa melayu yang agak skema dalam ni datang dari bahasa melayu lanjutan dan bahasa melayu yang kurang skema ni datang dari dialek terengganu dari genetik yang saya warisi sebagai melayu tegar.