budak baik...jangan gaduh!!
perasaan yg dah jadi mixed tropical fruits juice
By skema jagung on Sunday, August 01, 2010
Filed Under:
semasa saya menulis entri ni,kesan larian semasa keluar bilik untuk pergi menjaga laluan periksa (checkpoint) di acara walk of life anjuran HEALS masih terasa walupun sudah dikit.almaklum,saya ni dah lama sangat dah bersara dlm acara larian dan lompatan mahupun menunggang sejak insiden jatuh kuda dulu.parut di siku pun masih belum sembuh sepenuhnya.mungkin kadar mitosis saya masih perlahan tak seperti LC135 milik budak pergigian yang didakwanya terbaik dan terlaju di alam maya beliau.maklumlah,kita ni motor perlahan jek.150cc je pun.kekeke..
oh ya,berbalik kepada larian HEALS walk of life,saya ingin mengucapkan tahniah la pada senior-senior kerana berjaya membuatkan saya tidak pulang ke pangkuan keluarga tetapi tiada rasa marah atau bersalah kali pertama pada hujung minggu.acaranya juga menarik kerana ramai kakak-kakak (sisters). tetapi saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi jari tengah dan goyang-goyang tangan gaya makan pada budak Sains Kesihatan Bersekutu bilik 1.7 kediaman talhah 9 sebab seekor haram pun tak berjaya bangkit dari koma.mungkin mereka sibuk berclubbing sambil menelaah matapelajaran optik yang dibanggakan malam sebelum cara tersebut sehingga menyebabkan mereka lalai dan lupa yang acara tu dah di 'compulsary' kata warga kulit putih berbintik2 atau 'wajib' kata encik Chow Kok Kee yang mengajar saya matapelajaran bahasa Melayu lanjutan.
dari sumber-sumber yang boleh dipercayai,saya juga diberitahu bahawa mereka juga tidak menghiraukan janji-janji mereka untuk bermain futsal selepas acara jalanan tersebut.mungkin sebab mereka melayu tegar kut.almaklum janji melau pakai mulut jek.saya nak keluarkan borang perjanjian macam PTPTIPU buat berserta setem hasil rasa seperti kurang praktikal pula sebab payah nak matikan setem tu.jadinya beginilah.orang kata, lembu dipegang pada talinya,manusia dipegang atas janjinya.pikir-pikir 2 hingga 3 kali rasa-rasa mereka ni wajar tak digelar manusia?oh ya,berapa banyak tetikus dan dok USB yang berjaya dibeli?ape???bawa balik angin jek???bagus!sia-sia dinasour yang dah mati isi dalam tangki bahan api korang.
sehubungan dengan PTPTIPU,timbul sedikit rasa gusar di hati.bukan sebab bayaran balik pinjaman yang ade sedikit unsur riba tu,tapi memandangkan borang saya kurang lengkap dan ada kemungkinan permohonan tidak diterima.tetapi saya hanya berserah pada tuhan menda tu sebab bukan buleh buat mende pun kalau kutuk orang PTPTIPU kat sini.betul dok?penamatnya ialah belajar bersungguh-sungguh dan biarkan orang berkenaan yang berkuasa menguruskan hal yuran pembelajaran.tapi rasa gusar tu masih tak hilang.
dah berkaitan dengan pembelajaran,perut saya harini ibarat ada rama-rama atau nama lain ialah 'butterfly in stomach' but not stomach ache.kerana minggu depan sudah bermula kuiz pertama untuk subjek 'asas bahasa' atau 'basic linguistic.untuk mengatasi masalah ni saya sudah beberapa kali mencuba buku teks fotokopi dan sedikit pil prostal protanol milik 'mummy' kafe kapitalis yang ditinggalkannya di tandas lelaki dalam surau.nak tergelak juga rasanya bila fikirkan pasal makcik ni.harga makanan yang mahal membuatkan saya tergelak sakan kegembiraan.gelak yang sama seperti melihat rakan sekelas bahasa melayu,anatomi dan psychology yang dah jadi janda tu memakai kanta lekap warna hijau HULK.saya ingat die nak bertukar jadi hulk.risau gok mule-mule.tp galok doh jadi selepas tu.
baiklah,saya tidak mahu mengulas panjang perasaan saya yang bercampur ni.sebab kalau dok ade saudara kita yakni mohd fadhil budak diet akan mati merana angkara dipukul dengan topi keledar gara-gara untuk menjaga perassan saya.
dan lagi 1,saya bukan hati kaca.tp sensitif ade la sikit.maklumlah,lelaki kan.dan bahasa melayu yang agak skema dalam ni datang dari bahasa melayu lanjutan dan bahasa melayu yang kurang skema ni datang dari dialek terengganu dari genetik yang saya warisi sebagai melayu tegar.
0 orang nak kena siku for this post